Minggu lepas, mak cik aku baru je meninggal dunia. Arwah baik orangnya. Walaupun, mesra, peramah, banyak berbual..tapi tak pernahlah tutur kata dia menyakitkan hati aku.
Mak aku kata, dulu arwah selalu cakap nak makan masakan bapak aku (adik arwah). Malah, menantu dia pun sempat masakkan makanan untuk arwah, tapi tak kesampaian nak bagi arwah rasa. Tak sempat sebab dorang tinggal jauh. Masakkan untuk bawa balik kampung, tapi arwah dah pergi dulu sebelum sempat dorang sampai. Arwah pun selalu ajak kami satu keluarga bermalam kat rumah dia, tapi tulah..tak dapat kami penuhi pelawaan arwah. *sobs*
Teringat aku sebuah kisah. Aku tak berapa reti nak ceritakan balik secara terperinci jadi aku ceritakan secara umum jelah ya.
Kisahnya..seorang alim mati dalam keadaan dahaga..tak dapat nak minum air. Manakala seorang kafir, semasa hayatnya memang sangat baik pada semua orang. Sebelum kematiannya, dia berhajat nak makan ikan yu ke paus tah.. (rasanya paus tapi macam tak logik pulak), dan hajatnya itu kesampaian.
Menurut seorang ulamak, Allah bagi si kafir ni apa yang dia nak sebagai balasan kebaikan dia di dunia, supaya di akhirat nanti si kafir ni tak boleh nak tuntut apa-apa ganjaran atas kebaikan dia, sebab Allah dah balas semasa hayatnya. Sebaliknya orang alim tadi, Allah tak bagi dia minum air di akhir hayat dia supaya Allah dapat gantikan dengan sesuatu yang baik di akhirat, dan kalau tak silap juga supaya Allah tak hukum dosa-dosa dia. Dalam kes ni mungkin dosa-dosa kecillah. Kiranya Allah nak hapuskan dosa dia atas dunia supaya dia terlepas dari hukuman di akhirat. Wallahua'lam.
Jadi mudah-mudahan, mak cik aku tu diampuni segala dosanya dan dirahmati Allah agar dia dimasukkan ke dalam syurga kelak.
Rasa macam dah nak habis cerita tapi tiba-tiba aku teringat masa pergi ziarah pada petang kematian arwah. Sebak rasa tengok suami arwah bacakan bacaan kat sisi jenazah. Suami dia pun jenis yang alim. Dan aku pun teringat satu hadis, “Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.” (HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani).
In shaa Allah..matinya mak cik aku dalam keadaan suaminya redha atas dirinya. Mudah-mudahan Allah mengganjarkan syurga buatnya. Aamiin ya rabbal alamin.
Nota kaki: Tujuan aku buat penulisan ni adalah sebab untuk memberi pengajaran yang baik, tanpa niat menggembar-gemburkan cerita mana-mana pihak. Bukankah kematian itu pengajaran buat yang bernyawa?
No comments:
Post a Comment