Wednesday, 1 August 2018

Matinya Husnul Khotimah

Minggu lepas, mak cik aku baru je meninggal dunia. Arwah baik orangnya. Walaupun, mesra, peramah, banyak berbual..tapi tak pernahlah tutur kata dia menyakitkan hati aku.

Mak aku kata, dulu arwah selalu cakap nak makan masakan bapak aku (adik arwah). Malah, menantu dia pun sempat masakkan makanan untuk arwah, tapi tak kesampaian nak bagi arwah rasa. Tak sempat sebab dorang tinggal jauh. Masakkan untuk bawa balik kampung, tapi arwah dah pergi dulu sebelum sempat dorang sampai. Arwah pun selalu ajak kami satu keluarga bermalam kat rumah dia, tapi tulah..tak dapat kami penuhi pelawaan arwah. *sobs*

Teringat aku sebuah kisah. Aku tak berapa reti nak ceritakan balik secara terperinci jadi aku ceritakan secara umum jelah ya.

Kisahnya..seorang alim mati dalam keadaan dahaga..tak dapat nak minum air. Manakala seorang kafir, semasa hayatnya memang sangat baik pada semua orang. Sebelum kematiannya, dia berhajat nak makan ikan yu ke paus tah.. (rasanya paus tapi macam tak logik pulak), dan hajatnya itu kesampaian.

Menurut seorang ulamak, Allah bagi si kafir ni apa yang dia nak sebagai balasan kebaikan dia di dunia, supaya di akhirat nanti si kafir ni tak boleh nak tuntut apa-apa ganjaran atas kebaikan dia, sebab Allah dah balas semasa hayatnya. Sebaliknya orang alim tadi, Allah tak bagi dia minum air di akhir hayat dia supaya Allah dapat gantikan dengan sesuatu yang baik di akhirat, dan kalau tak silap juga supaya Allah tak hukum dosa-dosa dia. Dalam kes ni mungkin dosa-dosa kecillah. Kiranya Allah nak hapuskan dosa dia atas dunia supaya dia terlepas dari hukuman di akhirat. Wallahua'lam.

Jadi mudah-mudahan, mak cik aku tu diampuni segala dosanya dan dirahmati Allah agar dia dimasukkan ke dalam syurga kelak.

Rasa macam dah nak habis cerita tapi tiba-tiba aku teringat masa pergi ziarah pada petang kematian arwah. Sebak rasa tengok suami arwah bacakan bacaan kat sisi jenazah. Suami dia pun jenis yang alim. Dan aku pun teringat satu hadis, “Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.” (HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani).

In shaa Allah..matinya mak cik aku dalam keadaan suaminya redha atas dirinya. Mudah-mudahan Allah mengganjarkan syurga buatnya. Aamiin ya rabbal alamin.

Nota kaki: Tujuan aku buat penulisan ni adalah sebab untuk memberi pengajaran yang baik, tanpa niat menggembar-gemburkan cerita mana-mana pihak. Bukankah kematian itu pengajaran buat yang bernyawa?

Sunday, 3 June 2018

Dosa yang lalu

Dosa tak menutup aurat tak terhapus dengan bertudung,
Dosa bercouple tak terhapus dengan nikah,
Kerana berhijrah sahaja tak menghapus dosa, melainkan diiringi taubat..

Posting ni bukan tujuan nak meremehkan perbuatan orang nak berhijrah ke arah lebih baik. Please laa jangan salah faham dan anggap aku bash orang free hair pakai tudung, bash orang couple pastu nikah. Tak ya, tak.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat jika terdetik dalam hati kita dan berhijrah ke arah yang lebih baik.

Tapi apa yang nak ditekankan di sini adalah TAUBAT. Sebab sebelum kita berhijrah, apa yang kita buat tu adalah perbuatan dosa, ye tak? Tak menutup aurat, dosa kan? Bercouple, dosa kan? (Sekadar mengambil beberapa contoh). Jadi dosa itu tebusannya adalah dengan TAUBAT.

Antara syarat taubat tu adalah meninggalkan kemungkaran yang dilakukan tu. Ya. Dalam kes2 yang disebutkan di atas, dosa2 tu memang dah ditinggalkan. Orang free hair dah pakai tudung, orang couple dah menghalalkan hubungan. Tapi syarat taubat yang lain antaranya adalah istighfar, dan menyesali perbuatan dosa tu.

Ni tak, malahan ada orang dah berkahwin bangga dengan zaman couple nya. Yelah mana tak, bertahun2 dalam perhubungan couple yang dikatakan haram, tup2 sampai jugak ke alam perkahwinan.

Faham perasaan gembira tu tapi TOLONGLAH FAHAM jugak apa yang haram tetap haram, perbuatan dosa tetap dosa. Maka taubatlah atas perbuatan tu.

Memang sengaja aku ambil contoh ni sebab ini lah yang menjadi budaya dalam masyarakat kita. Kesedaran tentang dosa bercouple tu amat rendah dalam kalangan kita.

Berbalik kepada topik utama iaitu TAUBAT. Sebenarnya, aku nak seru suatu perkara. Nak ke satu masa di akhirat nanti, kita fikir kita dah tak buat dosa tu, dah tinggalkan tapi kita tak pernah MINTA AMPUN pada Allah kerana kita pernah melakukannya. Pastu tiba-tiba ada lagi dosa tu tercatat dalam buku amalan kita. Allahu. Ruginya lahaii..

Jadi saudara2ku sekalian. Ingin sekali aku menyeru, TAUBATlah dengan sebenar2 TAUBAT. Sebenarnya apa TAUBAT SEBENAR2 TAUBAT tu kalau TINGGALKAN perbuatan tu sahaja tak memadai?

Nah ni dia meh aku kongsikan syarat2 untuk TAUBAT DITERIMA:

1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Apa yang cuba aku tekankan dalam entri ni sebenarnya adalah no dua. MENYESAL. Berapa ramai antara kita yang tinggalkan perbuatan dosa, tapi tak ada rasa menyesal melakukannya.

Rasa menyesal tu perlu, supaya kita tak terbabas dan mengulanginya. Tiba-tiba aku terfikir satu contoh yang lagi dahsyat dan jelas. Dosa berzina. Melakukan hubungan secara HARAM sebelum kahwin, tapi lepas tu tak buat dah selepas kahwin, sebab dah halal. Korang fikir laa..agak-agak kalau orang berzina tu dah tak melakukan zina, tapi dia tak pernah bertaubat secara rasmi, tak pernah menyesal, tak pernah MINTA AMPUN dari Allah, agak-agak dosa zina dia tu terhapus tak? Tak weh..tak. TAUBAT tu WAJIB.

Zina memang lah wehh.. Dosa besar.

Ok sini. Let me clear this. Janganlah kita meremehkan perbuatan dosa. Kecik ke besar ke, dosa tetap dosa dan wajiblah kita BERTAUBAT atasnya. Dosa kecil buat banyak kali pun boleh jadi dosa besar. Janganlah buat main-main dengan dosa.

Nak ke kat akhirat nanti, confident jek kita sebab tak pernah terjebak dengan dosa besar, tapi disebabkan kita tak pernah taubat dengan dosa-dosa kecil, maka dosa-dosa kecil tu terkumpul dengan banyaknya dan memberatkan timbangan perbuatan jahat kita. Naudzubillah.

Sebab tu lah weh..aku seru sangat-sangat, taubat. Kenang balik segala perbuatan kita di masa lalu, segala perbuatan dosa di sisi Allah. Insafi. Mohon ampun pada Allah. Allah Maha Pengampun. Maka mintalah keampunan banyak-banyak. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat.

notakaki: Sebenarnya, aku sendiri rasa malu nak share posting ni, sebab aku sendiri pun banyak dosa kat Allah. Tapi bagi aku, dakwah tu bukan nak menunggu kita sempurna, dan manusia tidaklah maksum. Sebab tu setelah berapa lama aku peram post ni, aku share jugaklah hari ni. Semoga jadi ingatan pada diri aku sendiri jugak, agar memperbanyakkan taubat dan istighfar. Aamiin. Doa2kanlah aku ke arah lebih baik ya? 😊

Friday, 18 May 2018

Dipertemukan Semula

Alhamdulillah. Setelah bertahun, tiba-tiba baru aku terjumpa balik blog ni. Selama ni memang serius weh aku dah lupa dah pasal kewujudan blog ni. Tapi semalam, time aku nak tinggalkan komen kat blog orang lain, aku ternampaklah akaun Cahaya Suci ni.. Aku macam.. "What is that?". Rupanya ada blog weh haha. Yelah. Tiga tahun dah berlalu since aku publish blog ni, dan macam-macam yang berlaku dalam tempoh tiga tahun tu.

Tapi sedih weh. Jujurnya aku tak pasti perlu ke aku cerita semuanya kat sini? Of course tak. Tapi tulah, kesimpulannya.. hidup tak sentiasa indah seperti yang diimpikan. Time orang lain yang sebaya dah berjaya atau at least hampir berjaya mencapai sesuatu dalam kehidupan masing-masing, aku masih lagi di takuk yang lama.

Tapi tak apa, itulah roda kehidupan kan? Kadang di atas, kadang di bawah. Mungkin sekarang aku di bawah, setelah sekian lama mencapai zaman kegemilangan dalam akademik. Suatu hari nanti aku yakin, In shaa Allah aku akan bangkit, mencipta kehidupan aku sendiri.

Cepat atau lambat bukan persoalannya. After all, everyone has their own time zone. Maybe it's not mine for victory yet. But somehow I'm sure that I'll glow. Doa-doakanlah aku ya. In shaa Allah, aku merancang nak buka kedai online dan menabung untuk sambung belajar. Sebenarnya bunyinya agak mustahil. Tapi bagi aku, kalau Allah izinkan, tak mustahil ia akan berlaku.

Serius aku harap sangat aku akan bangkit semula menjadi seorang yang berjaya. Sebab aku nak sangat-sangat jadi seorang yang bermanfaat pada orang lain dengan segala upaya yang Allah kurniakan padaku, pada masa yang sama aku sendiri enjoy dengan benda tu. Dalam erti kata lain, passion.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kabulkanlah permintaan hamba-Mu ini Ya Allah. Aamiin ya rabbal 'alamin.

Friday, 17 July 2015

Saya Blogger Baru

Assalamualaikum semua.. Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging dan sejujurnya saya tak tahu nak buat blog saya ni bertemakan penulisan yang macam mana. Bukan sebab blur gila tapi saya ni..banyak sangat idea..orang kuat berangan kot..haha.. Free-free ada ja inspirasi yang berkelana di otak. Tapi bila tiba masa nak menulis..haha..terbang entah ke mana inspirasi semua tu. Haritu..ok..dah ingat..antara jenis blog yang saya nak buat adalah bertemakan cinta, psikologi, patriotik sikit.dan luahan perasaan secara rambang je kot. Haha.. Saya memang minat menulis, tapi tulah, saya ni jenis yang berfikir terlalu komplikated sampai dari mana nak mula pun saya tak tahu..haha Idea ada tapi planning nya tu..haii..saya harap sangat saya bijak merancang. Tapi bagi saya yang penting langkah pertama kan? At least kalau kita tersilap langkah pun sekurang-kurangnya kita tahu apa yang patut kita buat sebenarnya. Kata orang, orang yang tak buat silap adalah orang yang tak buat apa-apa. Tapi of course lah, ilmu tu penting jugak. Sebab tu saya harap sangat ada sesiapa boleh ajar saya disiplin berblogging yang sebenar. Tak adalah nak belajar formal sangat, sharing pun cukuplah. Hehe.. Macam sekarang ni pun saya main tulis je, tak tahu jenis tulisan apa ni. Sebab saya main tulis kat smartphone je ni. Smartphone saya ni pulak tak berapa nak smart pon, sebab internal kecik sangat. Tak dapat nak download apps Blogger. Game satu apa pun tak ada dalam nie..haha.. Nak beli lain tak ada bajet, jadi layankan jelah. Nak bukak laptop? Saya jenis tak bukak laptop malam-malam, takut drag..haha Jadi layankan ajela kejenuhan menaip kat sini.. Kui3..