Sunday, 3 June 2018

Dosa yang lalu

Dosa tak menutup aurat tak terhapus dengan bertudung,
Dosa bercouple tak terhapus dengan nikah,
Kerana berhijrah sahaja tak menghapus dosa, melainkan diiringi taubat..

Posting ni bukan tujuan nak meremehkan perbuatan orang nak berhijrah ke arah lebih baik. Please laa jangan salah faham dan anggap aku bash orang free hair pakai tudung, bash orang couple pastu nikah. Tak ya, tak.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat jika terdetik dalam hati kita dan berhijrah ke arah yang lebih baik.

Tapi apa yang nak ditekankan di sini adalah TAUBAT. Sebab sebelum kita berhijrah, apa yang kita buat tu adalah perbuatan dosa, ye tak? Tak menutup aurat, dosa kan? Bercouple, dosa kan? (Sekadar mengambil beberapa contoh). Jadi dosa itu tebusannya adalah dengan TAUBAT.

Antara syarat taubat tu adalah meninggalkan kemungkaran yang dilakukan tu. Ya. Dalam kes2 yang disebutkan di atas, dosa2 tu memang dah ditinggalkan. Orang free hair dah pakai tudung, orang couple dah menghalalkan hubungan. Tapi syarat taubat yang lain antaranya adalah istighfar, dan menyesali perbuatan dosa tu.

Ni tak, malahan ada orang dah berkahwin bangga dengan zaman couple nya. Yelah mana tak, bertahun2 dalam perhubungan couple yang dikatakan haram, tup2 sampai jugak ke alam perkahwinan.

Faham perasaan gembira tu tapi TOLONGLAH FAHAM jugak apa yang haram tetap haram, perbuatan dosa tetap dosa. Maka taubatlah atas perbuatan tu.

Memang sengaja aku ambil contoh ni sebab ini lah yang menjadi budaya dalam masyarakat kita. Kesedaran tentang dosa bercouple tu amat rendah dalam kalangan kita.

Berbalik kepada topik utama iaitu TAUBAT. Sebenarnya, aku nak seru suatu perkara. Nak ke satu masa di akhirat nanti, kita fikir kita dah tak buat dosa tu, dah tinggalkan tapi kita tak pernah MINTA AMPUN pada Allah kerana kita pernah melakukannya. Pastu tiba-tiba ada lagi dosa tu tercatat dalam buku amalan kita. Allahu. Ruginya lahaii..

Jadi saudara2ku sekalian. Ingin sekali aku menyeru, TAUBATlah dengan sebenar2 TAUBAT. Sebenarnya apa TAUBAT SEBENAR2 TAUBAT tu kalau TINGGALKAN perbuatan tu sahaja tak memadai?

Nah ni dia meh aku kongsikan syarat2 untuk TAUBAT DITERIMA:

1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Apa yang cuba aku tekankan dalam entri ni sebenarnya adalah no dua. MENYESAL. Berapa ramai antara kita yang tinggalkan perbuatan dosa, tapi tak ada rasa menyesal melakukannya.

Rasa menyesal tu perlu, supaya kita tak terbabas dan mengulanginya. Tiba-tiba aku terfikir satu contoh yang lagi dahsyat dan jelas. Dosa berzina. Melakukan hubungan secara HARAM sebelum kahwin, tapi lepas tu tak buat dah selepas kahwin, sebab dah halal. Korang fikir laa..agak-agak kalau orang berzina tu dah tak melakukan zina, tapi dia tak pernah bertaubat secara rasmi, tak pernah menyesal, tak pernah MINTA AMPUN dari Allah, agak-agak dosa zina dia tu terhapus tak? Tak weh..tak. TAUBAT tu WAJIB.

Zina memang lah wehh.. Dosa besar.

Ok sini. Let me clear this. Janganlah kita meremehkan perbuatan dosa. Kecik ke besar ke, dosa tetap dosa dan wajiblah kita BERTAUBAT atasnya. Dosa kecil buat banyak kali pun boleh jadi dosa besar. Janganlah buat main-main dengan dosa.

Nak ke kat akhirat nanti, confident jek kita sebab tak pernah terjebak dengan dosa besar, tapi disebabkan kita tak pernah taubat dengan dosa-dosa kecil, maka dosa-dosa kecil tu terkumpul dengan banyaknya dan memberatkan timbangan perbuatan jahat kita. Naudzubillah.

Sebab tu lah weh..aku seru sangat-sangat, taubat. Kenang balik segala perbuatan kita di masa lalu, segala perbuatan dosa di sisi Allah. Insafi. Mohon ampun pada Allah. Allah Maha Pengampun. Maka mintalah keampunan banyak-banyak. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat.

notakaki: Sebenarnya, aku sendiri rasa malu nak share posting ni, sebab aku sendiri pun banyak dosa kat Allah. Tapi bagi aku, dakwah tu bukan nak menunggu kita sempurna, dan manusia tidaklah maksum. Sebab tu setelah berapa lama aku peram post ni, aku share jugaklah hari ni. Semoga jadi ingatan pada diri aku sendiri jugak, agar memperbanyakkan taubat dan istighfar. Aamiin. Doa2kanlah aku ke arah lebih baik ya? 😊

No comments:

Post a Comment